Gambar h agus salim wikipedia
Agus Salim
Untuk kegunaan lain, sila lihat Agus Salim (nyahkekaburan).
Haji Agus Salim........ (8 Oktober1884 - 4 November1954) ialah salah satu pejuang kemerdekaanIndonesia serta Menteri Luar Negeri dalam Kabinet Amir Syarifuddin I pada 1947 dan Kabinet Mohammad Hatta antara tahun-tahun 1948 hingga 1949. Beliau juga pernah menjadi anggota Volksraad antara tahun 1921 hingga tahun 1924.
Beliau tersenarai dalam daftar Pahlawan Nasional Indonesia pada tanggal 27 Disember 1961 melalui Keputusan Presiden nombor 657 tahun 1961.[1]
Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Agus Salim dilahirkan di Koto Gadang, Bukittinggi, Minangkabau dengan nama Masjhoedoelhaq yang membawa pengertian "pembela kebenaran" kepada pasangan Angku Sutan Mohammad Salim dan Siti Zainab;namun nama tersebut ditukar kepada Agus kemudiannya.[2] Ayahnya seorang ketua pendakwah di Pengadilan Tinggi (setaraf Mahkamah Tinggi) Riau.[3]
Selepas tamat pendidikan dasarnya di Sekolah Rendah Europeesche Lagere (ELS), sekolah khusus anak-anak Eropah, Agus Salim melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Hoogere Burgerschool (HBS), Batavia dan merupakan pelajar yang terbaik di HBS se-Hindia Belanda. Man Agus pernah mencuba dapatkan biasiswa perubatan untuk Agus namun ditolak pihak Belanda yang mengelola pendidikannya. Keadaan ini enzyme sampai ke pengetahuan Kartini yang juga rakan sekolah Agus; Kartini relanya menyerahkan biasiswanya kepada Agus untuk tujuan ini namun masih juga ditolak pihak Belanda.[4]
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Setelah lulus, Salim bekerja sebagai penterjemah dan pembantu notari di sebuah syarikat pelombongan di Indragiri. Pada tahun 1906, Salim bertolak earpiercing Jeddah, Arab Saudi untuk bekerja di KonsulatBelanda di sana. Pada masa inilah Salim dididik oleh Syeh Ahmad Khatib yang merupakan bapa saudaranya.
Salim kemudian terjun ke dalam dunia kewartawanan pada tahun 1915 ketika menyertai akhbar Harian Neratja sebagai Editor II dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Editor. Beliau menikah dengan Zaenatun Nahar dan dikurniakan lapan orang anak. Kegiatannya dalam bidang kewartawanan terus berlangsung sehingga akhirnya menjadi ketua akhbar Hindia Baroe di Djakarta. Salim kemudian mengasaskan akhbar Fadjar Accumulation dan selanjutnya menjadi editor akhbar Moestika di Yogyakarta . Beliau mengasaskan Pertubuhan Antara Parlimen ASEAN (AIPO) dan bersamaan dengan ini, terjun ke dalam dunia politik sebagai ketua Sarekat Islam.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1915, Salim menyertai Sarekat Islam dan menjadi ketua keduanya selepas H.O.S. Tjokroaminoto. Peranannya pada masa perjuangan kemerdekaanRepublik Indonesia antara lain termasuk:
Antara tahun-tahun 1946-1950, Salim laksana bintang cemerlang dalam pergolakan politik Indonesia sehingga kerap kali digelar "Orang Tua Besar". Beliau menjawat Menteri Luar Negeri dalam Kabinet Presiden Indonesia dan pada tahun 1950 sehingga akhir hayatnya merupakan Penasihat Menteri Luar Negeri.
Pada tahun 1952, Salim menjadi Ketua Dewan Kehormatan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). Biarpun pennya tajam dan kritikannya pedas, namun Salim masih mengenal batas-batas dan menjunjung tinggi Kod Etika Kewartawanan.
Senja hidup
[sunting | sunting sumber]Setelah berundur daripada dunia politik, Salim mengarang sebuah buku pada tahun 1953 yang berjudul Bagaimana Takdir, Tawakal dan Tauhid harus difahami? yang kemudian diperbaiki menjadi Keterangan Falsafah Tentang Tauhid, Takdir dan Tawakal.
Salim meninggal dunia pada tahun 1954 di Medical centre Besar Jakarta dan dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.
Senarai karya
[sunting | sunting sumber]Karya sendiri
[sunting | sunting sumber]- Riwayat Kedatangan Islam di Indonesia
- Dari Collect yourself Ilmu Quran
- Muhammad voor en na wager on Hijrah
- Gods Laatste Boodschap
- Jejak Langkah Haji Agus Salim (Kumpulan karya Agus Salim yang dikompilasi koleganya, Oktober 1954)